Buat Mereka yang Merasa Dirinya NETRAL

Tulisan ini saya dedikasikan untuk mereka yang mengatakan dirinya netral dalam memahami agama, menyatakan bahwa dirinya tidak terjerumus dalam suatu aliran/golongan satu pun. Mudah-mudahan sharing ini bisa memberikan hidayah.

Sabtu, 5 Januari 2011.

Sudah terlalu banyak muslim yang mendeklarasikan bahwa dirinya netral, tidak mau bergabung dengan suatu golongan/firqah, tapi sayangnya dari mereka pun tidak tau sedang berada di atas jalan yang mana mereka saat ini. Bukankah mereka memperoleh ilmu agama dari para pendahulu mereka? Bukankah mereka mendapat ilmu dari para guru agama, ustadz, dai, ulama? Lalu apakah mereka pernah bertanya pada guru-guru mereka? Berada di jalan apakah ilmu agama yang mereka dapatkan?

“Dari Auf bin Malik ia berkata : Telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam : Sesungguhnya umatku akan terpecah menjadi 73 golongan, satu golongan masuk surga, dan tujuh puluh dua golongan masuk neraka”. Beliau ditanya : “Ya Rasulullah, Siapakah satu golongan itu ?”. Beliau menjawab ; “Al-Jama’ah”.

Dengan beriman dan berlandaskan hadits Rasulullah Shalallahu Alaihi Wa Salam tersebut kita memperoleh suatu gambaran yang jelas bahwa Islam pasti akan terpecah menjadi 73 golongan, dan yang menjadi fokus terbesar adalah dari 73 golongan tersebut, 72 golongan dari mereka dinyatakan sesat dan bertempat di neraka. Lalu siapakah golongan yang selamat ini? Dikatakan oleh Rasulullah “Al – Jama’ah” .

Pengertian Al Jama’ah

Al-Jamaah sebagai yang warid menurut pengistilahan Ahli Sunnah wal-Jamaah ialah:  Makna Jamaah di segi bahasa:  Dari kata جمع.  Dikatakan: جمع المتفرقة “Menyatukan yang berpecah-belah”. Dan الجماعة ضد الفرقة “Jamaah lawannya berpecah-belah”.[1]

Lafaz jamaah terdapat di beberapa hadis sahih, antaranya sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

يَدُ الله مَعَ الْجَمَاعَة

“Tangan Allah bersama Jamaah”.[2]

كُلُّهَا فِى النَّارِ اِلاَّ الْجَمَاعَة

“Semuanya di neraka kecuali satu iaitu jamaah”.[3]

كُلُّهَا فِى النَّار اِلاَّ وَاحِدَة وَهِيَ الْجَمَاعَة.

“Semuanya di neraka kecuali satu iaitu al-Jamaah”.[4]

Al-Jamaah juga secara bahasa diambil dari kalimah (الجمع) al-Jam’u iaitu:

Pertama: Al-Jamaah bermaksud:

(1). Mengumpulkan atau menyatu-padukan yang berpecah-belah (bercerai-berai).[5]

(2).  Bersatu dan lawannya berpecah-belah.

(3). Perkumpulan manusia yang bersatu untuk tujuan yang sama”.[6]

Kedua: Golongan yang terbesar atau yang paling ramai (السواد الاعظم) dari kalangan umat Islam.[7] Termasuk juga para ahli ilmu, imam-imam mujtahid[8] dan para awliya.

Ketiga: Golongan para ulama yang mujtahid.[9]

Keempat: Setiap Umat Islam yang bersatu di bawah  satu amir (pemerintah Islam).[10]

Kelima: Secara khususnya ialah para sahabat Nabi Muhammad.[11] Pengertian ini diambil dari sabdanya:

فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِيْ وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ الْمَهْدِيِّيْنَ

“Hendaklah kamu kembali kepada sunnahku dan sunnah Khulafa ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk”.[12]

Keenam: Setiap mukmin yang mengikut kebenaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad[13] walaupun seorang diri sebagaimana athar sahih di bawah ini:

اَلْجَمَاعَةُ : هِيَ الَّتِيْ مَا اَنَا عَلَيْهِ وَاَصْحَابِيْ

“Al-Jamaah:  Iaitu yang serupa dengan apa yang ada pada diriku dan para sahabatku”.[14]

Berkata Imam Syatibi rahimahullah berkaitan hadis di atas:

“Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam tidak menjelaskan firqah (golongan) yang berjaya kecuali menunjukkan sifat mereka.  Tidak dikatakan misalnya:  “Aku dan sahabat ku”. Tetapi disebut sifatnya (manhajnya), iaitu:  “Apa yang ada pada aku (seperti manhaj aku) dan para sahabatku”.  Tidak diragukan lagi bahawa para sahabat termasuk apa yang disifatkan oleh baginda (tentang kesempurnaan manhajnya. Pent)”. [15]

Beliau meneruskan lagi:

“Ini bermakna kemenangan tidak dikhususkan kepada sesiapa yang telah berlalu sebaliknya meliputi setiap yang mendatangkan (mengikut/mencontohi) sifat-sifat golongan yang berjaya sehinggalah ke Hari Kiamat”.[16]

Contoh Jamaah yang berjaya tentulah Jamaah Nabi dan para sahabat baginda sebagaimana disebut:

اَلْجَمَاعَةُ : هِيَ الَّتِيْ عَلَى مِثْلِ مَا اَنَا عَلَيْهِ الْيَوْمَ وَاَصْحَابِيْ

“Al-Jamaah:  Ia adalah yang berada di atas contoh (seperti) apa-apa yang aku dan para sahabatku berada di atasnya pada hari ini”.[17]

Berkata Abu Syamah rahimahullah:

“Setelah datang perintah agar sentiasa dalam jamaah maka yang dimaksudkan dengan jamaah ialah sentiasa komitmen (iltizam) mengikut kebenaran dan berjamaah, sekalipun yang berpegang dengan kebenaran itu sedikit dan yang menentangnya ramai.  Kerana kebenaran yang sebagaimana pada jamaah pertama dari golongan para nabi dan para sahabat tidak pernah terkesan walaupun melihat kepada banyaknya ahli batil semasa atau selepas mereka”.[18]

Kenyataan Abu Syamah amat bersesuaian dengan apa yang dijelaskan oleh Ibn Masoud radiallahu ‘anhu:

اِنَّ جُمْهُوْر النَّاسِ فَارِقُوْا الْجَمَاعَة ،وَانَّ اَلْجَمَاعَة مَا وَافَقَ الْحَقَّ وَاِنْ كُنْتَ وَحْدَكَ.

“Sesungguhnya kebanyakan manusia akan meninggalkan Jamaah, sesungguhnya Al-Jamaah ialah apabila mengikuti kebenaran sekalipun engkau hanya seorang diri (keseorangan).”[19]

Berkata Abu Syamah rahimahullah:

“Apabila telah datang perintah agar komitmen kepada al-Jamaah, yang dimaksudkan dengannya ialah beriltizam pada al-Hak (kebenaran) dan mengikutinya, walaupun yang berpegang kepada kebenaran amat sedikit, yang meninggalkannya amat banyak.  Kerana kebenaran yang berada bersama pada Jamaah yang pertama bersama Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam serta para sahabat radiallahu ‘anhum tidak pernah melihat kepada ramainya ahli batil sesudah mereka”.[20]

Berkata juga Naim bin Hammad:

اَي اِذَا فَسَدَتِ الْجَمَاعَة ، فَعَلَيْكَ بِمَا كَانَتْ عَلَيْهِ الْجَمَاعَة قَبْلَ اَنْ تَفْسَدَ ، وَاِنْ كُنْتَ وَحْدَكَ ، فَاِنَّكَ اَنْتَ الْجَمَاعَةَ حِيْنَئِذٍ.

“Iaitu apabila telah rosak sekalian jamaah maka bagimu mengikut sebagaimana jamaah yang belum rosak sekalipun engkau seorang diri kerana bahawasanya engkau dikala itu dalam jamaah”.[21]

Oleh yang demikian Ibnu Qaiyim berkata:

“Keseluruhan manusia dizaman Imam Ahmad bin Hambal telah tergelincir hatinya (شذ) kecuali sedikit yang masih di atas kebenaran maka yang sedikit itulah yang dalam Jamaah.  Yang diketika itu para kadi (gabenor/pembesar), para mufti dan Khalifah mereka semua telah tergelincir (akidah mereka) hanya Imam Ahmad seorang sahaja dalam Jamaah”.[22]

Imam Ahmad, pada zamannya dianggap dalam Jamaah walaupun keseorangan dalam menegakkan kebenaran, yang mana beliau mempertahankan kebenaran bahawa “Al-Quran itu adalah Kalamullah bukan makhluk”. Beliau ditentang oleh seluruh kadi, mufti dan Khalifah yang sudah rosak pemahamannya kerana meyakini bahawa al-Quran itu makhluk.  Menurut pengertian dan hakikat Jamaah maka Imam Ahmad tetap dalam Jamaah kerana beliau berada di dalam kebenaran dan mempertahankannya.  Dengan ini jelaslah bahawa kebenaran itu adalah al-Quran dan as-Sunnah.  Al-Jamaah adalah sesiapa yang kembali kepada kebenaran (al-Quran dan as-Sunnah) mengikut manhaj para sahabat kerana para sahabat sentiasa memelihara dan mengikut kebenaran yang diturunkan kepada Rasullullah yang berupa al-Quran dan as-Sunnah.  Allah berfirman:

اَلْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلاَ تَكُوْنَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِيْنَ.

“Kebenaran itu dari Tuhanmu sebab itu janganlah sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu”.[23]

Dari ayat inilah Ibn Qaiyim rahimahullah berpendirian bahawa Imam Ahmad rahimahullah adalah contoh ketabahan ulama yang mempertahankan Jamaah walaupun kebanyakan dari mereka telah menyeleweng.  Ini ditegaskan oleh beliau dalam ucapannya:

“Telah menyimpang manusia semuanya pada zaman Imam Ahmad bin Hambal kecuali beberapa orang sahaja yang masih dalam Jamaah.  Dimana para kadi dimasa itu dan para mufti serta khalifah dan pengikut mereka semuanya telah menyimpang namun Imam Ahmad bersedirian dalam Jamaah”.[24]

Antara penafsiran yang paling tepat (rajih) tentang “Jamaah” ialah:

“Mereka yang tergolong dari kalangan sahabat kerana sentiasa di atas kebenaran, ahlinya dan golongan yang teramai (السواد الاعظم) mengikut fahaman salaf yang paling hak”.[25]

Dengan ini sesiapa yang mengikut manhaj para sahabat dengan baik maka ia digolongkan sebagai al-Jamaah. Ada pun antara nama-nama jamaah yang diberikan namanya oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam ialah:

1- Ahli al-Hadis atau Ahli al-Athar.[26]

Digelar Ahli Hadis kerana beramal dan menyibukkan diri mereka dengan hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam.  Dan digelar Ahli Athar kerana mereka para sahabat Nabi yang paling memahami hadis, mengamalkan, paling mengetahui untuk membezakan antara yang hak dengan yang batil dan sentiasa berhujjah dengan hadis.

Berkata Ibn Qaiyim rahimahullah:

“Ahli Hadis adalah golongan yang paling benar sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnul Mubarak:  Aku dapati agama berada pada ahli hadis, percekcokan pada golongan Muktazilah, pembohongan pada ar-Rafidhah dan banyak berhelah pada Ahli ar-Rakii”.[27]

Berkata Abdul Qadir Jailani rahimahullah:

“Sesungguhnya Ahli Sunnah, mereka tidak mempunyai nama kecuali nama yang satu iaitu Ashabul Hadis”.[28]

2. Firqah an-Najiyah, Firqah al-Mansurah atau At-Taifah an-Najiyah, at-Taifah al-Mansurah.  Berkata Ibn Taimiyah:

“Apa yang dikatakan Firqah an-Najiyah ialah pengikut para sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam.  Ia adalah syiar (Ahli sunnah).  Dinamakan Firqah an-Najiyah kerana mereka itu terdiri dari Ahli Sunnah”.[29]

3. Ahli Ittiba’.  Dinamakan Ahli Ittiba’ kerana berittiba’ (mentaati) al-Quran, as-Sunnah serta athar para sahabat.

4.  Al Guraba’ (الغرباء) bermaksud: “Golongan yang aneh, asing, luar biasa, dagang atau sedikit”:

بَدَاَ اْلاِسْلاَمُ غَرِيْبًا سَيَعُوْدُ غَرِيْبًا كَمَا بَدَأ فَطُوْبَى للغُرِبَاءِ.

“Islam itu bermula dengan aneh maka akan kembali menjadi aneh maka berbahagialah orang yang aneh”.[30]

عَنْ سُفْيَانِ الثَّوْرِيِّ اَنَّهُ قَالَ: اِسْتَوْصُوْا بِاَهْلِ السُّنَّةِ خَيْرًا فَاِنَّهُمْ غُرَبَاءُ

“Sufyan ath-Thauri berkata:  Berwasiatlah kepada Ahli Sunnah dengan kebaikan kerana mereka ghuraba”.

Paling tepat dinamakan al-Jamaah ialah: “Mereka yang termasuk dalam nama-nama yang berkaitan dengan Jamaah Islamiyah yang mengikuti manhaj para sahabat, tabi’in, tabi’ut at-tabi’in dengan baik, terutama para ulama mujtahid yang berpegang kepada al-Kitab dan as-Sunnah”.[31] Gelaran Ahli Sunnah wal-Jamaah muncul diakhir zaman sahabat.

Imam Malik rahimahullah ketika ditanyakan kepada beliau siapa Ahli Sunnah, beliau menjawab:

اَهْلُ السُّنَّةِ الَّذِيْنَ لَيْسَ لَهُمْ لَقْبٌ يُعْرَفُوْنَ بِهِ ، لاَ جَهْمِيُّ وَلاَ قَدَرِيٌّ وَلاَرَافِضِيٌّ.

“Ahlu Sunnah adalah mereka yang tidak memiliki gelaran tertentu yang mereka dikenali dengan gelaran tersebut.  Mereka bukan Jahmiyah, bukan Qadariyah dan bukan Rafidhah”.[32]

Selain yang bermanhaj Salaf, mereka adalah Ahli Bid’ah.  Keterangan ini diambil dari athar Ibn Abbas apabila menafsirkan Firman Allah:[33]

يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوْهٌ وَتَسْوَدُّ وُجُوْهٌ.

“Pada hari yang diwaktu itu ada muka yang putih berseri dan ada pula muka yang hitam muram”.[34]

Menurut Ibn Abbas radiallahu ‘anhu:

“Orang yang putih berseri mukanya ialah Ahli Sunnah wal-Jamaah dan Ulul al-Ilm dan yang hitam muram mukanya ialah ahli bid’ah atau orang yang sesat”.[35]

Dan sesiapa yang meninggalkan manhaj Salaf as-Soleh adalah firqah yang terkeluar dari Ahli Sunnah wal-Jamaah kerana Rasulullah bersabda:

لَتَفْتَرِقَنَّ اُمَّتِيْ عَلَى ثَلاَثِ وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً وَاحِدَةٌ فِى الْجَنَّةِ وَثِنْتَانِ وَسَبْعُوْنَ فِى النَّارِ . قِيْلَ : مَنْ هُمْ ؟ قَالَ : اَلْجَمَاعَة.

“Akan berpecah umatku kepada 73 firqah, hanya satu ke syurga dan 72 ke neraka.   Baginda ditanya:  Siapa mereka?  Baginda bersabda:  Al-Jamaah”.[36]

Dalil yang menjelaskan hanya yang berpegang kepada al-Quran, as-Sunnah, athar dan bermanhaj Salaf as-Soleh berhak dinamakan Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berdasarkan hadis:

مَا اَنَا عَلَيْهِ الْيَوْمَ وَاَصْحَابِيْ.

“(Al-Jamaah) ialah sesiapa yang seperti aku hari ini dan para sahabatku”.[37]

Diperintahkan agar bermanhaj akidah dan amal seperti manhajnya para sahabat, tabi’in dan tabi’ut at-tabi’in kerana mereka para salaf yang wajib diikuti manhajnya.  Firman Allah:

وَكُوْنُوْا مَعَ الصَّادِقِيْنَ

“Hendaklah kamu bersama orang-orang siddiqin”.[38]

Yang dimaksudkan syuhada, solehin dan siddiqin adalah para sahabat kerana mereka adalah golongan Salaf sebenar. Dan bermanhaj Salaf adalah suruhan al-Quran.  Firman Allah:

وَاتَّبِعْ سَبِيْلَ مَنْ اَنَابَ

“Ikutilah jalan orang-orang yang kembali kepadaKu”.[39]

Mereka yang kembali ke jalan Allah tentulah Rasulullah dan para sahabat kerana mereka mematuhi firman Allah:

اِتَّبِعُوْا مَا اُنْزِلَ اِلَيْكُمْ مِنْ رَبِّكُمْ وَلاَ تَتَّبِعُوْا مِنْ دُوْنِهِ اَوْلِيَاءَ قَلِيْلاً مَا تَذَكَّرُوْنَ.

“Ikutlah oleh kamu apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu, janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selainNya.  Amat sedikit dari kamu mengambil pelajaran”.[40]

“Mengikut apa yang telah diturunkan” ialah kembali kepada wahyu.  Wahyu ialah Al-Quran dan sunnah Rasulullah berdasarkan firman Allah:

وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى اِنْ هُوَ اِلاَّ وَحْيٌ يُوْحَى

“Tiadalah yang diucapkannya itu menurut hawa nafsunya. Ucapannya itu wahyu yang diwahyukan”.[41]

“Adapun syiar Ahli Sunnah wal-Jamaah itu ialah mengikuti (manhaj) Salaf as-Soleh dan meninggalkan segala bentuk bid’ah serta perkara-perkara baru yang dimasukkan ke dalam agama”.[42]

Lalu dengan melihat definisi tersebut, sudah jelaslah bahwa jama’ah yang dimaksud disini adalah orang-orang yang berpegang teguh  di atas sunnah Rasulullah dan para Shahabat. Lalu dengan definisi tersebut kita seharusnya bisa mengoreksi setiap peribadatan yang kita lakukan, apakah telah sesuai dengan sunnah Rasulullah? Apakah peribadatan yang kita lakukan pernah di contohkan oleh Rasulullah? Apakah peribadatan yang kita lakukan memiliki dalil dan dasar yang shahih?

Dan untuk mereka yang mengatakan dirinya netral. Peribadatan seperti apakah yang kalian katakan netral itu? Wahai saudaraku, sesungguhnya yang kalian katakan itu tidak lebih artinya dengan mengikuti peribadatan ummat pada umumnya. Dan sayangnya kalian berpatokan bukan pada ummat pada generasi terbaik. Ketahuilah saudaraku, sebaik-baik ummat adalah pada generasi Rasulullah, Khulafaur rasyidin, Tabi’in dan Tabiut tabi’in. Lalu apakah menurut kalian ummat pada saat ini telah berpatokan pada mereka? Sungguh tidak ada lagi yang berpatokan kepada mereka (salafush shalih) kecuali sangat sedikit diantara kalian. Lalu apakah mungkin akan masuk surga orang-orang yang dirinya tidak mengetahui di jalan yang mana dia berpijak sedangkan pijakan yang ditunjukkan oleh Rasulullah itu sudah nyata?

Wahai saudaraku, mengikuti yang banyak itu bukanlah berarti itu yang benar, bukan berarti itu yang haq, bukan berarti itu yang diridhai di sisi Allah.

“Sesungguhnya kebanyakan manusia akan meninggalkan Jamaah, sesungguhnya Al-Jamaah ialah apabila mengikuti kebenaran sekalipun engkau hanya seorang diri (keseorangan). (H.R Baihaqi. al-Madkhali.  الحوادث والبدع Hlm.  22.  Abu  Syamah. Disahihkan oleh Nasruddin al-Albani.          Lihat:  الباعث على انكار البدع والحوادث hlm. 91-92.  Tahqiq Masyhur bin Hasan Salman.   Lihat:  Syarah Usul iktiqad.  No. 160.  Al-Lalikaii.)

صَلَّى بِنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ ثُمَّ أَقْبَلَ عَلَيْنَا فَوَعَظَنَا مَوْعِظَةً بَلِيغَةً ذَرَفَتْ مِنْهَا الْعُيُونُ وَوَجِلَتْ مِنْهَا الْقُلُوبُ، فَقَالَ قَائِلٌ: يَا رَسُولَ اللَّهِ كَأَنَّ هَذِهِ مَوْعِظَةُ مُوَدِّعٍ فَمَاذَا تَعْهَدُ إِلَيْنَا؟ فَقَالَ: ((أُوصِيكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَإِنْ عَبْدًا حَبَشِيًّا فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلَافًا كَثِيرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الْمَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الْأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ))

Pada suatu hari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sholat bersama kami, kemudian beliau memberi kami sebuah peringatan yang sangat baik. Oleh karenanya, mata-mata kami berlinang dan hati-hati kami bergetar. Maka seorang berkata: “wahai Rasulullah! Seolah-olah ini adalah peringatan orang yang akan berpisah, maka apakah yang engkau pesankan kepada kami?”. Beliau pun bersabda: “Aku berwasiat kepada kalian untuk bertakwa kepada Allah, mendengar, dan taat (kepada penguasa kalian) walaupun dia seorang budak Habsyi. Sesungguhnya barangsiapa yang masih hidup dari kalian setelahku niscaya dia akan melihat perselisihan yang cukup banyak. Maka wajib atas kalian untuk berpegang dengan Sunnahku dan Sunnah Khulafa` Ar-Rosyidin Al- Mahdiyyin (para khalifah yang terbimbing lagi mendapat petunjuk). Berpegang teguhlah dengannya dan gigitlah atasnya dengan gigi-gigi geraham kalian. Dan berhati-hatilah kalian terhadap perkara-perkara baru dalam agama. Karena sesungguhnya setiap perkara baru itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah itu adalah sesat.” (HR. Abu Dawud, dan dihasankan oleh Syaikh kami Muqbil bin Hadi Al Wadi’i rohimahullah dalam kitabnya ”Al Jami’us Shohih mimma laisa fis Shohihain” 1/198-199 Cet. Daarul Atsaar Yaman)

Lalu apakah kalian masih ingin menjadi orang yang netral (orang-orang pada umumnya) ?

بَدَاَ اْلاِسْلاَمُ غَرِيْبًا سَيَعُوْدُ غَرِيْبًا كَمَا بَدَأ فَطُوْبَى للغُرِبَاءِ.

“Islam itu bermula dengan asing maka akan kembali menjadi asing maka berbahagialah orang yang asing”
(H/R  Muslim.)



[1].         Lihat: (1).  Lisan al-Arabi 8/53  (مادة جمع). Lihat:  (2). مجموع فتاوى 3/157 Ibn Taimiyah.
[2]
.         H/R  Turmizi dalam Sunannya 6/334.  كتاب الفتن – باب فى لزوم الجماعة Diriwayatkan oleh Hakim dalam Mustadrak 1/115, 116 كتاب العلم
[3]
.         H/R  Hakim dalam Mustadrak 1/128.  Kitabul Ilm.  Disahihkan oleh Ibn Majah sebagaimana menurut al-Albani 2/364. Kitab al-Fitn.
[4]
.         H/R  Hakim dalam Mustadrak 1/128. Kitab al-Ilm.
[5]
.         Lihat:   (1). منهج اهل السنة والجماعة 1/20.  Khalid bin Abdul Latif.     (2).  القاموس المحيط . مادة : (حمع) Hlm.  917.  Al-Fairuz Abadi.
[6]
.         Lihat:  (1)   مجموعة فتاوى Jld.  3.  Hlm.  157.    (2).  المعجم الوسيط . مادة : (جمع) Jld.  1.  Hlm.  135.
[7]
.         Lihat:  H/R At-Tabari dalam “Al-Kabir” (1/320).
[8]
.         Inilah yang diutamakan oleh Imam Bukhari, lihat dalam Sahihul Bukhari 13/316.  Fathul Bari bab:  وكذالك جعلناكم امة وسطا Dan lihat:  Sunan at-Turmizi.  6/335.
[9]
.         (1).  Ini kata-kata ‘Amru bin Qais dalam الابانة. 2/492. Ibn Battah      (2).  Perkataan Bukhari di dalam kitab sahihnya (13/328).    (3).  Turmizi dalam sunnannya (4/467).
[10]
.      Lihat:  الاعتصام Jld.  2.  Hlm.  263.  As-Syatibi.  Fathul Bari 13/38.
[11]
.      Inilah yang dijelaskan oleh al-Barbahari dalam شرح السنة Hlm. 22.
[12]
.      H/R Ahmad 4/162.  Abu Daud 5/13.  Turmizi 7/437 dan  Ibn  Majah 1/15.
[13]
.   Lihat:  شرح السنة Hlm.  22.  Al-Barbahari.
[14]
.      Lihat:  تحفة الاحوذى 7/399-340.  Berkata Turmizi: Hadis ini hasan dan  gharib. Lihat: سلسلة الاحاديث الصحيحة No. 203 atau 1192. Syeikh Al-Albani.
[15]
.      Lihat:  الاعتصام 2/287-289.  As-Syatibi.
[16]
.      Ibid.
[17]
.      As-Sahihah No. 203 dan 1492.
[18]
.      Lihat:  الباعث على انكار البدع والحوادث hlm.  22.  Abu Syamah. Tahqiq Uthman Ahmad ‘Ambar.  Cetakan pertama Mesir.
[19]
.      Lihat: Riwayat Baihaqi. al-Madkhali.  الحوادث والبدع Hlm.  22.  Abu  Syamah. Disahihkan oleh Nasruddin al-Albani.          Lihat:  الباعث على انكار البدع والحوادث hlm. 91-92.  Tahqiq Masyhur bin Hasan Salman.   Lihat:  Syarah Usul iktiqad.  No. 160.  Al-Lalikaii.
[20]
.      Lihat: الباعث علىابكارالبدع والحوادث Hlm. 22  Abu Syamah Ditahqiq: Uthman Ahmad ‘Anbar. Cetakan Pertama 1978  Mesir.
[21]
.      Lihat:  اعلام الموقعين 3/397.  Ibnu Qaiyim.
[22]
.      Ibid.
[23]
.      Al-Baqarah, 2:147.
[24]
.      Lihat:  اعلام الموقعين 3/397.  Ibnul Qaiyim.
[25]
.      Lihat:  اهل السنة والجماعة ومنهج الاشاعرة فى توحيد الله تعالى. 1/ 23.
[26]
.      Lihat:  مقالات الاسلاميين 1/290  Abu al-Hasan Ali Bin Ismail al-Asy’ari
[27]
.      Lihat:  Bahaya Taqlid Buta & Ta’sub Mazhab.  Hlm.  81.  Rasul Dahri.
[28]
.      Lihat:  الغنية لطالبي طريق الحق 1/71 Abdulqadir Jailani.  Darul Ma’rifah. Bairut.  Cetakan kedua.
[29]
.      Lihat:  منهاج السنة Jld.  3.  Hlm.  457.  Ibn Taimiyah.
[30]
.      H/R  Muslim.
[31]
.      Lihat: منهج اهل السنة والجماعة ومنهج الاشاعرة فى توحيد الله تعالى Juz 1 Hlm.23.
[32].      Lihat:  الانتقاء hlm. 35.  Ibn Abdil Barr.
[33]
.      Lihat:
منهج اهل السنة والجماعة ومنهج الاشاعرة فى توحيد الله تعالى 1/23.[34].      Ali-Imran, 3:106.
[35]
.      Ibid.
[36]
.      H/R Ibn Majah (2/1322).  Hadis ini disahihkan oleh al-Haitimi dalam  (الزوائد). Disahihkan juga oleh al-Iraqi di dalam kitab(تلخيص الاحياء)      .[
37]
.      Lihat:  H/R Turmizi.  (
تحفة الاحوذى)
(7/399-240).[38].      Taha, 20:119.
[39]
.      Luqman, 31:15.
[40].      Al-Araf, 7:3.
[41].      An-Najm. 54:3-4.
[42].      Lihat:  الحجة فى البيان المحجة 1/364.  Al-Asbahansumber : www.rasuldahri.com

sumber link
:

http://fearlee.wordpress.com/2011/02/05/untuk-mereka-yang-mengatakan-dirinya-netral/#comment-119

“Ingin meningkatkan traffic pengunjung dan popularity web anda secara cepat dan tak terbatas…? Serahkan pada saya…, Saya akan melakukannya untuk anda GRATIS…!..Klik disini 1 , disini 2 dan disini3

About kasatrianstks

Kami berjuang untuk Allah dan RasulNya. Darah kami adalah darah kaum muslimin, jiwa kami rindu syahid di Jalan Ilahi...Allahu Akbar...

Posted on 5 February 2011, in Ammar Ma'ruf, Dakwah, Jihad, Khilafah and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 5 Comments.

  1. Hmm,,, Netral(benar-benar netral tak ada patokan) memang tidak bisa dikatakan benar, apalagi selamat dunia dan akhirat,,

    Namun merasa satu golongan adalah yang paling benar juga perlu dipertanyakan, apalagi dengan mudahkan mengkafirkan kelompok/orang yang tidak sepaham dengan golongannya,,,

    Nah, Hayuukk Diit,, mari sama-sama membuktikan bahwa apa yang kita ikuti saat ini adalah yang paling lurus jalannya, tidak hanya ikut-ikutan dan karena sungkan sebab teman-teman sekitar milihnya ya itu,,,

    Kalo untuk Joko sendiri (rahasia nich), belum sepenuhnya menerjunkan diri di HTI,, masih banyak yang bisa Joko pelajari di luar HTI, masih dalam tahap pencarian yang paling pas dengan hati,, Kemanapun jalan ini, semoga senantiasa menuju kepada keridho’anNYA,,,

    Salam semangat slalu dari Penjaga warnet Neru net ^^

  2. bener juga sih apa kata mas joko mengenai artikel diatas…
    namun yang jelas bukanlah terletak netral atau tidak netralnya seseorang…
    atau mungkin gabung atau tidaknya seseorang dalam sebuah firqah(jamaa’ah)…
    melainkan kita harus ambil bagian bersama umat dalam mewujudkan kehidupan Islami seperti zman Rasulullah dahulu…
    (Allahuma shali ‘alaa Muhammad)

    lagian…apa bila ia sendiri dan merasa dirinya tidak mau berjamaa’ah…dia lah orang yang paling mudah terbawa arus juga arah tujuannya entah kemana…

    dalam sebuah hadist(entah hadits atau ayat qur’an) mengatakan :”Islam itu berjamaah”
    bukan sendiri2 dan mengaku dirinya NETRAL…(kaya band aja NETRAL) hha7

    Wallahua’lam…

  3. asli ngena banget,,
    mungkin memang tak ada yang bisa di katakan netral, karen asudah jelas apa yang di sabdakan Oleh Baginda Rasul,,,

    kemaren aku ikut tausiyah tentang golongan juga, yang aku dapet adalah,

    bukan dalam ataup[un luar sistem, bukan HT PKS atau apalah,,, yang penting itu benar atau salah,, yang benar adalah dari Allah yang salah adalah dari manusia dan nafsunya ^^

    jadi carilah yang benar boss😀

    salamun’alaikum ^^

  4. wahh…bener banget tuh ukhti…
    takarannya bukan dari manusia tai dari Allah Sang Pencipta toh….?!

    Sering2 mampir ke blog Kasatrian yahh…
    ^^

  5. Umatun Karomah

    ok ok dit😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s